SJKP 2025: Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji (Gaji Bersih Rm1,000)
Panduan lengkap untuk golongan bekerja sendiri, peniaga kecil & gig worker
BY LATHA SARANGAM 01/ 03/2025
SJKP 2025: Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji (Gaji Bersih Rm1,000)
Panduan lengkap untuk golongan bekerja sendiri, peniaga kecil & gig worker
BY LATHA SARANGAM 01/ 03/2025
SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan) adalah skim jaminan pinjaman perumahan oleh kerajaan, khas untuk rakyat Malaysia yang tiada pendapatan tetap; seperti peniaga kecil, pemandu e-hailing, penjaja, freelancer atau mereka yang bekerja sendiri.
Syarat Kelayakan Utama:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan tidak tetap / tiada slip gaji
Pembeli rumah pertama
Beli rumah kediaman (bukan untuk disewa)
Kalau anda pernah ditolak permohonan pinjaman sebelum ini kerana tiada slip gaji, SJKP mungkin jawapannya.
Boleh! SJKP memang direka untuk mereka yang tiada pendapatan tetap.
Walaupun bank biasa perlukan:
Slip gaji
Penyata KWSP
Surat majikan
SJKP membenarkan pemohon guna bukti alternatif seperti:
Penyata bank (3 hingga 6 bulan)
Bukti transaksi jualan (resit, e-wallet, transaksi online)
Sijil pendaftaran perniagaan (SSM)
Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
Contoh: Jika anda pemandu Grab atau berniaga makanan online, transaksi harian anda boleh dijadikan bukti pendapatan.
3.1 Dokumen Asas:
Salinan Kad Pengenalan
Borang tempahan unit / surat tawaran daripada pemaju
Salinan Perjanjian Jual Beli (jika ada)
3.2 Bukti Pendapatan (boleh pilih yang sesuai):
Penyata bank terkini (3–6 bulan)
SSM (jika ada)
Screenshot bukti pendapatan gig (Grab, Shopee, Foodpanda, dll.)
Resit jualan atau transaksi masuk ke akaun
3.3 Lain-lain (jika perlu):
Bil elektrik/air (untuk alamat)
Maklumat penjamin (jika bank minta)
Lebih konsisten aliran wang masuk, lebih tinggi peluang lulus.
Jumlah pinjaman maksimum SJKP adalah:
Sehingga 110% daripada harga rumah
Yang merangkumi:
100% harga rumah
Tambahan 10% untuk kos seperti yuran guaman, duti setem, MRTA/MLTT
Dengan SJKP MADANI (kemaskini 2025), sesetengah pemohon boleh mohon sehingga 120% — termasuk kos ubahsuai dan perabot asas.
Tempoh bayaran balik: Sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun
SJKP (Skim Asas)
Pembiayaan sehingga 100% harga rumah, dengan had maksimum RM 500,000, termasuk kos perumahan dan bayaran berkaitan seperti MRTA/MRTT, fi guaman, dan yuran penilaian
SJKP Madani (Pilihan Plus)
Pembiayaan sehingga 120% harga rumah, tetapi had keseluruhan RM 360,000 — ini termasuk 100% harga rumah plus tambahan untuk takaful, fi guaman, penilaian, kos ubah suai dan perabot
Nota penting:
Jika memilih skim asas (SJKP), anda boleh meminjam hingga RM 500,000.
Jika memilih SJKP Madani, had pinjaman lebih rendah iaitu RM 360,000 tetapi boleh tutup kos tambahan.
Tak perlu bayar deposit langsung (0% down payment), jika lulus 100% pinjaman!
❌ Tak sediakan bukti pendapatan yang mencukupi
❌ Beli rumah melebihi had harga SJKP
❌ Tak sediakan duit untuk kos pindah / bil utiliti / deposit air & elektrik
❌ Dokumen tak lengkap atau tak kemas kini
Nak Beli Rumah Guna SJKP?
Kami telah bantu ramai pembeli rumah pertama termasuk peniaga kecil, pemandu e-hailing, dan usahawan online berjaya miliki rumah impian dengan skim SJKP. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.